3 November 2012 - 20:30

Seminar al-Ghadir berjaya dilangsungkan di Jakarta dengan kehadiran lebih dari 3000 pengunjung.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bersamaan dengan ulangtahun peristiwa Ghadir Khum, konsul kebudayaan kedutaan Iran di Jakarta dan Yayasan IJABI menganjurkan seminar "Teladan Imam Ali dan Perpaduan Umat Islam" dengan dihadiri lebih dari 3000 pengunjung.Seminar ini menampilkan cendiakawan muslim terkemuka di peringkat antarabangsa seperti Ayatullah Ali Taskhiri selaku presiden Lembaga Pendekatan Antara Mazhab, Maulawi Ishaq Madani sebagai Penasihat Hal Ehwal Ahlusunnah bagi presiden Iran, Dr. H. Imam Addaruqutni dari pertubuhan Muhammadiyah, Dr. Mazaheri; profesor Universiti Terbuka Iran dan Ketua Dewan Syura IJABI Dr.Jalaluddin Rakhmat. Masyarakat tempatan yang hadir dihidangkan wacana mengenai perpaduan umat menurut pandangan Imam Ali.Menteri  Koordinator Bidang Politik dan Hukum (Menko Polhukam) dalam ucapannya berkata, "Indonesia sebuah negara berbilang kaum dan agama, undang-undang negara ini sangat menitik beratkan penghormatan dan penerimaan kepelbagaian ini. Selain itu kepelbagaian ini menjadi peluang untuk pembangunan dan kemajuan negara."Beliau menambah, "Kewajipan menjaga kebebasan dan hak golongan minoriti merupakan kemestian demokrasi di Indonesia dan tanggungjawab negara juga ialah menyeru seluruh kaum dan penganut agama hidup secara harmoni dan bersaudara".Menteri Indonesia ini dalam ucapannya yang lain turut menganggap bahawa mempertahankan perpaduan umat Islam adalah sebuah keperluan utama. Beliau meminta para ulama dan muballigh mengikuti sunnah nabi dan sirah Imam Ali bin Abi Talib dalam skop memimpin masyarakat ke arah perpaduan.Duta Iran turut memberikan ucaptama perasmian dengan berkata, "Sebagaimana kekuatan yang dapat membina ideologi telah menemui kekalahan seperti Komunisme, seperti itu juga negara-negara Amerika dan Barat yang telah mendapatkan kuasa dengan berbekalkan ideologi Liberal Demokrasi akan musnah akibat tidak mendapat restu iradah Ilahi."Mahmoud Farazande menambah, "Dalam zaman ini, hanya republik Islam dan revolusi Islam yang mampu mencapai kekuasaan dengan nama Allah dan memanfaatkan prinsip serta nilai-nilai Islam."Dalam ucapannya, beliau menceritakan penekanan Imam Khomeini tentang perpaduan Syiah dan Ahlusunnah sedangkan pihak musuh Islam pula berusaha mencipta perpecahan di kalangan mazhab-mazhab ini.Farazande menganggap bahawa intisari peristiwa al-Ghadir (yang merupakan hari lengkapnya nikmat agama) sebagai muktabar di setiap zaman dan setiap insan. Duta Iran ini turut menyatakan harapan semoga umat Islam sentiasa berwaspada terhadap situasi terkini dan mengambil sikap yang benar dalam menghadapi dunia yang penuh dengan konspirasi musuh hari ini.Ayatullah Taskhiri dalam ucapannya pula menegaskan bahawa hari al-Ghadir merupakan hari perpaduan umat Islam. Taskhiri mengingatkan bahawa Nabi (s.a.w) telah dididik di rumah Abu Talib, sementara Ali bin Abi Talib pula dididik oleh baginda sendiri."Ali adalah anak murid Nabi, bersamaan maktab al-Quran, beliau merupakan sebahagian daripada kebahagiaan umat Islam dan perpaduan kaum muslimin," ujar beliau.Maulawi Ishaq Madani juga turut menceritakan perpecahan sebagai masalah utama yang di hadapi dunia Islam. Kata beliau, "Walaupun hari ini umat Islam mempunyai komuniti, sarana material dan pertumbuhan ilmu hingga ke tahap yang paling tinggi, namun setiap zaman mereka sentiasa berpecah belah sehingga menyediakan peluang untuk musuh Islam mengambil kesempatan."Beliau turut menceritakan persamaan antara Sunni - Syiah, kedudukan Ahlul Bait dan Ali di sisi Ahlusunnah dengan berkata, "Di zaman kesyahidan Ali bin Abi Talib, semua orang mengakui keutamaan beliau. Hari ini juga golongan sayid mendapat kedudukan yang tinggi di kalangan umat Islam Ahlusunnah."Seminar kemudian diteruskan dengan ucapan terperinci tentang pesanan al-Ghadir dan  sirah Ali bin Abi Talib daripada Menteri Agama Indonesia Dr Muhammad Zain, Dr.Jalaluddin Rakhmat dan Dr. Mazaheri.